Tips ini mungkin berguna untuk saudara-saudari yang baru mengenal islam mahupun sesiapa yang berniat untuk membetulkan solat wajib agar cukup bilangannya 5 waktu sehari. Insyaallah harap berguna untuk diri saya sendiri dan semua muslimim-muslimat.
Rasullullah s.a.w. bersabda:
" Sesunguhnya apabila seorang hamba berdiri untuk solat, maka diletakkannya semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua-dua bahunya.
Setiap kali ia rukuk dan sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu"
(H.R. Attabrani)
1. Berniat untuk cuba tidak tinggalkan solat yang akan datang.
Seperti manusia juga perkara yang telah berlalu kita cuba lupakan supaya kita lebih berusaha untuk berubah menjadi manusia yang berguna dan tidak berada ditakok yang lama. Niatlah untuk bertaubat agar tidak mengulangi perkara tersebut dan sebaik-baiknya cuba amalkan solat taubat selalu kerana sebagai manusia kita tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa.
2. Apabila masuk waktu solat seterusnya terus menunaikan solat pada waktu itu.
Terus bersolat pada waktu tersebut dan jangan mencari alasan. Walaupun telah meninggalan solat yang sebelum ini tidak bermakna seseorang itu boleh sengaja untuk meninggalkan solat-solat yang seterusnya. Tetapkan hati untuk membetulkan kesilapan supaya tidak banyak lagi solat yang akan ditinggalkan.
3. Qada' solat
Setelah itu bangun untuk meng-qada'kan solat yang tertinggal. Jika tidak sempat, pastikan solat yang tertinggal itu diganti sebelum keesokkan hari supaya tidak bertangguh dan dibiarkan tidak diqada'.
4. Istiqomah
Berusahalah untuk menjaga solat-solat yang wajib setiap hari dan solat diawal waktu. Insya-Allah apabila bersolat diawal waktu perasaan malas dan berlengah-lengah dapat dihindari, Sentiasa tertib dalam menjaga kelima-limanya dengan sempurna supaya hidup sentiasa tenang dan dirahmati Allah s.w.t. Apabila lengkap solat yang wajib mudah-mudahan solat sunat menjadi mudah untuk dilakukan.
Mudah-mudahan bermanfaat dan selamat beramal :)

No comments:
Post a Comment