Part 2 : Kejutan
Kata-kata Syahmil telah membuatkan Farah termanggu sendirian. Menyesal dengan apa yang dilakukan pada Syahmil. Baru dia megerti salah faham boleh memakan diri sendiri dan juga orang lain. Farah terasa egonya begitu tinggi sehingga tidak dapat memahami perasaan Syahmil. Pulang dari sekolah, dia terus bersendirian di daam biliknya sehingga menimbulkan syak wasangka oleh kedua ibu bapanya.
Datin Faridah yang berada di ruang tamu mula bertanya kepada suaminya, "Bang, kenapa dengan Farah tu dari balik sekolah tadi terperuk saja dalam bilik. Makan malam pun tak dijamahnya. Entah-entah dia sakit tak?"
"Entahlah, Idah. Sepatutnya Farah patut rasa gembira dengan keputusan SPM dia. Ni tidak, terperuk aje dalam bilik tu." balas Dato' Syariffudin sambil menyelak surat khabar yang dibacanya. Bunyi Mercedez milik Dato'Syariffudin menghentikan perbualan mereka.
"Ha, tu mesti Farid tu. Mesti dia suruh abang Mud hantar dia ke shopping mall. Tak habis-habis merayap. Lepas habis kelas tuisyen, bukannya tahu nak balik terus ke rumah. Abang Mud tu pun satu, selalu sangat manjakan Farid." bebel Datin Faridah tak henti-henti.
Pintu ditolak dari luar. "Assalamualaikum, mama, papa." suara Farid girang memberi salam. Farid terus bersalaman dengan papa dan mamanya.
"Waalaikumssalam. Kamu kemana tadi, Farid? tanya Datin Faridah dengan nada yang sedikit tinggi.
"Pergi mall kat KL, ma. Cari hadiah untuk kak Farah, Mana kak Farah, mama? "Farid memberi alasan sambil menercari-cari kelibat Farah.
"Ha, pergilah jenguk kat bilik kak Farah tu. Dari tadi tak keluar-keluar. Pergi panggil kakak kamu turun makan." Dato' Syariffudin pula bersuara. Risau anak perempuannya kelaparan.
Farid terus naik ke tingkat dua menuju ke bilik Farah. Pintu yang tidak ditutup rapat itu ditolak perlahan. Bilik itu gelap dari luar membuatkan Farid tertanya-tanya samada kakaknya itu sedang tidur ataupun tidak .Farid membuka suis lampu yang berada di tepi pintu. Terlihat bentuk badan manusia sedang duduk berteleku di atas katil. Farah yang sedang duduk di atas katil sambil memeluk kakinya terkebil-kebil kerana silau yang memancar ke matanya sekaligus membuatkan lamunannya terhenti.
"Apa yang kak Farah buat dalam gelap ni?" Farid terkejut melihat keadaan kakaknya yang kusut tidak bermaya.
"Ish, apa lah adik ni ketuk pun tidak salam pun tak diberi. Terkejut kak Farah tau. Kalau kak Farah sakit jantung macam mana?" Farah mengurut dadanya menandakan dia betul-betul terkejut.
"Oklah." Farid keluar dan mengetuk semula pintu bilik Farah sambil memberi salam.
"Waalaikumssalam." jawab Farah sambil tersenyum.
Farid terus duduk dan memberikan hadiah kepada Farah lalu mengucapkan tahniah.Farah yang masih kebingungagan terkejut melihat bungkusan hadiah yang dihulur Farid.
"Terima kasih, adik. Apa la adik ni buat susah-susah je beli hadiah. Hadiah yang besar kakak ada dah kat depan mata." Farah mengusap kepala adiknya." Kalau adik cemerlang SPM tahun depan pun tu lagi besar tau hadiah pada kak Farah." Farah masih tidak menyambut huluran adiknya.
"Kak Farah ni, Farid penat tau pergi beli. Kak Farah kena terima jugak,Yang hadiah SPM tu lambat lagi kak Farah. Tahun depan lambat sangat. Haha." ketawa Farid sambil terus memaksa Farah mengambil hadiah yang dipegangnya daripada tadi.
"Yelah. Kah Farah terima." Farah mengambil bungkusan hadiah daripada tangan Farid.
"Bukalah Kak Farah." Farid tersenyum.
"Yelah adik ku sayang." Farah terus membuka hadiah tersebut. Terdapat sebuah kotak berisi pen berjenama di dalamnya.
"Ish.. Farid. Kenapa beli hadiah yang mahal -mahal ni? Membazir tau tak." jelas Farah agak keberatan untuk menerima hadiah daripada Farid lagi-lagi Farid masih bersekolah.
"Ala, kak Farah ni itu tak seberapa pun hadiah yang adik bagi. Kalau Farid dah besar nanti, Farid nak hadiahkan kak Farah kereta atau rumah ke. Mesti kak Farah suka." Farid berceloteh bersahaja.
Muka Farah merah menahan marah dan terkejut dengan jawapan bersahaja adiknya. Melihat perubahan wajah kakaknya Farid terus membalas, "Yelah kak Farah, actually benda ni Farid beli half-half dengan Pak Mud juga. Farid simpan duit sikit, lepas tu Pak Mud kata nak tambah separuh. Kami saja nak buat suprise kat kak Farah. Hihi..Alamak! Pak Mud tak bagi Farid bagitahu tapi kak Farah la, buat Farid pecahkan rahsia." Farid menutup mulutnya dengan tapak tangan kerana terpecahkan rahsianya dengan Pak Mahmud pemandu Dato' Syariffudin.
Farah tersenyum kembali. Farid seorang sahaja adik-beradik yang dia ada. Perbezaan umur setahun membuatkan mereka lagi bertambah rapat. Tiada Farid tiadalah gelak ketawa dan jeritan Farah di rumah. Keletah mereka berdua jugalah yang memeriahkan suasana rumah mewah itu. Jikalau tiada keduanya alamatnya sunyilah rumah agam milik Dato' Syariffudin dan Datin Faridah. Manakala Pak Mahmud yang senang dipanggil Pak Mud telah lama menjadi pemandu Dato' Syariffudin iaitu semenjak Farid dan Farah kecil lagi. Disebabkan tiada rezeki untuk memperoleh cahaya mata sepanjang perkahwinannya dengan Mak Yam, iaitu pembantu rumah di rumah tersebut, mereka telah menganggap Farah dan Farid seperti anak kandungnya sendiri.
"Terima kasih, adik. Nanti kak Farah guna pen ni dekat universiti nanti ya." Farah membelek pen yang diberikan dengan sekuntum senyuman tanda menghargai hadiah dari Pak Mud dan adiknya itu,
"Kak Farah mesti belum makan, kan?" tanya Farid,
" Belum. Kenapa?" Disebabkan terlalu melayan perasaannya sebentar tadi dia terlupa yang dia belum mengisi perutnya kosong.
" Jomlah makan. Farid dah lapar ni." Farid menggosok-gosok perutnya menandakan dia sedang lapar. Farah tersenyum melihat gelagat adiknya.
"Yelah. Jum. Kesian ya perut dia lapar ya. Meh sini kak Farah tengok perut siapa yang lapar sangat tu." Farah gegas menggeletek pinggang adiknya. Bilik itu meriah dengan sura ketawa mereka berdua.
"Oh ya, Kak Farah. Pasal hadiah tu, kak Farah jangan bagitahu siapa-siapa yang Pak Mud yang belikan." jelas Farid separuh berbisik. Farah mengangguk-nganguk sambil menunjukkan tanda 'ok' dengan tangannya. Mereka berdua kemudiannya terus keluar menuruni anak tangga untuk menikmati makan malam.
"Ha, Farah. baru turun?" tanya Datin Faridah yang sedang menonton televisyen di ruang tamu bersama Dato' Syariffudin.
"Ye, mama.Mama dan papa dah makan?"tanya Farah kembali.
"Mama dan papa dah makan tadi. Farah pergi makan dulu, Lepas ni, mama dan papa nak berbincang sesuatu dengan Farah."Datin Faridah memberitahu.