/* Anti Copy Paste 1 by infoBlog */

Saturday, January 7, 2017

Tips 1: Bagaimana untuk Istiqomah Solat 5 Waktu

Assalamualaikum w.h.t

Tips ini mungkin berguna untuk saudara-saudari yang baru mengenal islam mahupun sesiapa yang berniat untuk membetulkan solat wajib agar cukup bilangannya 5 waktu sehari. Insyaallah harap berguna untuk diri saya sendiri dan semua muslimim-muslimat.

Rasullullah s.a.w. bersabda: 

" Sesunguhnya apabila seorang hamba berdiri untuk solat, maka diletakkannya semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua-dua bahunya.
Setiap kali ia rukuk dan sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu"

(H.R. Attabrani)


1. Berniat untuk cuba tidak tinggalkan solat yang akan datang.

Seperti manusia juga perkara yang telah berlalu kita cuba lupakan supaya kita lebih berusaha untuk berubah menjadi manusia yang berguna dan tidak berada ditakok yang lama. Niatlah untuk bertaubat agar tidak mengulangi perkara tersebut dan sebaik-baiknya cuba amalkan solat taubat selalu kerana sebagai manusia kita tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa. 

2. Apabila masuk waktu solat seterusnya terus menunaikan solat pada waktu itu.

Terus bersolat pada waktu tersebut dan jangan mencari alasan. Walaupun telah meninggalan solat yang sebelum ini tidak bermakna seseorang itu boleh sengaja untuk meninggalkan solat-solat yang seterusnya. Tetapkan hati untuk membetulkan kesilapan supaya tidak banyak lagi solat yang akan ditinggalkan.

3. Qada' solat 

Setelah itu bangun untuk meng-qada'kan solat yang tertinggal. Jika tidak sempat, pastikan solat yang tertinggal itu diganti sebelum keesokkan hari supaya tidak bertangguh dan dibiarkan tidak diqada'. 

4. Istiqomah

Berusahalah untuk menjaga solat-solat yang wajib setiap hari dan solat diawal waktu. Insya-Allah apabila bersolat diawal waktu perasaan malas dan berlengah-lengah dapat dihindari, Sentiasa tertib dalam menjaga kelima-limanya dengan sempurna supaya hidup sentiasa tenang dan dirahmati Allah s.w.t. Apabila lengkap solat yang wajib mudah-mudahan solat sunat menjadi mudah untuk dilakukan. 


Mudah-mudahan bermanfaat dan selamat beramal :)

Image result for no matter how many prayers you have missed

Thursday, July 23, 2015

Novel 1: Tirai Semalam (C1-P2)

Part 2 : Kejutan


Kata-kata Syahmil telah membuatkan Farah termanggu sendirian. Menyesal dengan apa yang dilakukan pada Syahmil. Baru dia megerti salah faham boleh memakan diri sendiri dan juga orang lain. Farah terasa egonya begitu tinggi sehingga tidak dapat memahami perasaan Syahmil. Pulang dari sekolah, dia terus bersendirian di daam biliknya sehingga menimbulkan syak wasangka oleh kedua ibu bapanya.

Datin Faridah yang berada di ruang tamu mula bertanya kepada suaminya, "Bang, kenapa dengan Farah tu dari balik sekolah tadi terperuk saja dalam bilik. Makan malam pun tak dijamahnya. Entah-entah dia sakit tak?" 

"Entahlah, Idah. Sepatutnya Farah patut rasa gembira dengan keputusan SPM dia. Ni tidak, terperuk aje dalam bilik tu." balas Dato' Syariffudin sambil menyelak surat khabar yang dibacanya. Bunyi Mercedez milik Dato'Syariffudin menghentikan perbualan mereka.  

"Ha, tu mesti Farid tu. Mesti dia suruh abang Mud hantar dia ke shopping mall. Tak habis-habis merayap. Lepas habis kelas tuisyen, bukannya tahu nak balik terus ke rumah. Abang Mud tu pun satu, selalu sangat manjakan Farid." bebel Datin Faridah tak henti-henti.

Pintu ditolak dari luar. "Assalamualaikum, mama, papa." suara Farid girang memberi salam. Farid terus bersalaman dengan papa dan mamanya.

"Waalaikumssalam. Kamu kemana tadi, Farid? tanya Datin Faridah dengan nada yang sedikit tinggi. 


"Pergi mall kat KL, ma. Cari hadiah untuk kak Farah, Mana kak Farah, mama? "Farid memberi alasan sambil menercari-cari kelibat Farah. 


"Ha, pergilah jenguk kat bilik kak Farah tu. Dari tadi tak keluar-keluar. Pergi panggil kakak kamu turun makan." Dato' Syariffudin pula bersuara. Risau anak perempuannya kelaparan.


Farid terus naik ke tingkat dua menuju ke bilik Farah. Pintu yang tidak ditutup rapat itu ditolak perlahan. Bilik itu gelap dari luar membuatkan Farid tertanya-tanya samada kakaknya itu sedang tidur ataupun tidak .Farid membuka suis lampu yang berada di tepi pintu. Terlihat bentuk badan manusia sedang duduk berteleku di atas katil. Farah yang sedang duduk di atas katil sambil memeluk kakinya terkebil-kebil kerana silau yang memancar ke matanya sekaligus membuatkan lamunannya terhenti.


"Apa yang kak Farah buat dalam gelap ni?" Farid terkejut melihat keadaan kakaknya yang kusut tidak bermaya. 


"Ish, apa lah adik ni ketuk pun tidak salam pun tak diberi. Terkejut kak  Farah tau. Kalau kak Farah sakit jantung macam mana?" Farah mengurut dadanya menandakan dia betul-betul terkejut.


"Oklah." Farid keluar dan mengetuk semula pintu bilik Farah sambil memberi salam. 


"Waalaikumssalam." jawab Farah sambil tersenyum. 


Farid terus duduk dan memberikan hadiah kepada Farah lalu mengucapkan tahniah.Farah yang masih kebingungagan terkejut melihat bungkusan hadiah yang dihulur Farid.


"Terima kasih, adik. Apa la adik ni buat susah-susah je beli hadiah. Hadiah yang besar kakak ada dah kat depan mata." Farah mengusap kepala adiknya." Kalau adik cemerlang SPM tahun depan pun tu lagi besar tau hadiah pada kak Farah." Farah masih tidak menyambut huluran adiknya.


"Kak Farah ni, Farid penat tau pergi beli. Kak Farah kena terima jugak,Yang hadiah SPM tu lambat lagi kak Farah. Tahun depan lambat sangat. Haha." ketawa Farid sambil terus memaksa Farah mengambil hadiah yang dipegangnya daripada tadi.


"Yelah. Kah Farah terima." Farah mengambil bungkusan hadiah daripada tangan Farid. 


"Bukalah Kak Farah." Farid tersenyum.


"Yelah adik ku sayang." Farah terus membuka hadiah tersebut. Terdapat sebuah kotak berisi pen berjenama di dalamnya. 


"Ish.. Farid. Kenapa beli hadiah yang mahal -mahal ni? Membazir tau tak." jelas Farah agak keberatan untuk menerima hadiah daripada Farid lagi-lagi Farid masih bersekolah.


"Ala, kak Farah ni itu tak seberapa pun hadiah yang adik bagi. Kalau Farid dah besar nanti, Farid nak hadiahkan kak Farah kereta atau rumah ke. Mesti kak Farah suka." Farid berceloteh bersahaja. 


Muka Farah merah menahan marah dan terkejut dengan jawapan bersahaja adiknya. Melihat perubahan wajah kakaknya Farid terus membalas, "Yelah kak Farah, actually benda ni Farid beli half-half dengan Pak Mud juga. Farid simpan duit sikit, lepas tu Pak Mud kata nak tambah separuh. Kami saja nak buat suprise kat kak Farah. Hihi..Alamak! Pak Mud tak bagi Farid bagitahu tapi kak Farah la, buat Farid pecahkan rahsia." Farid menutup mulutnya dengan tapak tangan kerana terpecahkan rahsianya dengan Pak Mahmud pemandu Dato' Syariffudin. 


Farah tersenyum kembali. Farid seorang sahaja adik-beradik yang dia ada. Perbezaan umur setahun membuatkan mereka lagi bertambah rapat. Tiada Farid tiadalah gelak ketawa dan jeritan Farah di rumah. Keletah mereka berdua jugalah yang memeriahkan suasana rumah mewah itu. Jikalau tiada keduanya alamatnya sunyilah rumah agam milik Dato' Syariffudin dan Datin Faridah. Manakala Pak Mahmud yang senang dipanggil Pak Mud telah lama menjadi pemandu Dato' Syariffudin iaitu semenjak Farid dan Farah kecil lagi. Disebabkan tiada rezeki untuk memperoleh cahaya mata sepanjang perkahwinannya dengan Mak Yam, iaitu pembantu rumah di rumah tersebut, mereka telah menganggap Farah dan Farid seperti anak kandungnya sendiri.


"Terima kasih, adik. Nanti kak Farah guna pen ni dekat universiti nanti ya." Farah membelek pen yang diberikan dengan sekuntum senyuman tanda menghargai hadiah dari Pak Mud dan adiknya itu,


"Kak Farah mesti belum makan, kan?" tanya Farid,


" Belum. Kenapa?" Disebabkan terlalu melayan perasaannya sebentar tadi dia terlupa yang dia belum mengisi perutnya kosong. 


" Jomlah makan. Farid dah lapar ni." Farid menggosok-gosok perutnya menandakan dia sedang lapar. Farah tersenyum melihat gelagat adiknya.


"Yelah. Jum. Kesian ya perut dia lapar ya. Meh sini kak Farah tengok perut siapa yang lapar sangat tu." Farah gegas menggeletek pinggang adiknya. Bilik itu meriah dengan sura ketawa mereka berdua.


"Oh ya, Kak Farah. Pasal hadiah tu, kak Farah jangan bagitahu siapa-siapa yang Pak Mud yang belikan." jelas Farid separuh berbisik. Farah mengangguk-nganguk sambil menunjukkan tanda 'ok' dengan tangannya. Mereka berdua kemudiannya terus keluar menuruni anak tangga untuk menikmati makan malam.


"Ha, Farah. baru turun?" tanya Datin Faridah yang sedang menonton televisyen di ruang tamu bersama Dato' Syariffudin.


"Ye, mama.Mama dan papa dah makan?"tanya Farah kembali.


"Mama dan papa dah makan tadi. Farah pergi makan dulu, Lepas ni, mama dan papa nak berbincang sesuatu dengan Farah."Datin Faridah memberitahu. 

                                                                                                                           
(Part 3 akan bersambung)













Tuesday, July 21, 2015

Novel 1 : Tirai Semalam (C1-P1)

**Satu**


Part 1 : Salah Faham


"Eh, Farah! Kau dah tahu keputusan kau?" 
Watie datang berlari sepantas mungkin menghampiri Farah. Farah berpaling terkejut dengan jeritan Watie dari arah belakang lantas membalas dengan suara yang agak tinggi.

"Belum lagi. Kau ke mana tadi? Puas aku cari kau sekeliling dewan." Farah mengangkat keningnya menandakan dia sedang marah.

"Ok, ok. Sorry lah! Tapi kau dengar ni, nama kau ada dalam senarai top ten pada tahun ni. Nama kau di tempat ketiga, Farah!" kata Watie dengan wajah yang gembira menandakan dia berbangga dengan kejayaan sahabat baiknya itu.

"Kau ni biar betul, setakat ni mana pernah sebelum ni student melayu yang berada di top three." kata Farah sambil berjalan menuju ke arah dewan dengan perasaan hati yang berdebar-debar tidak percaya.

"Kalau kau tak percaya, kau tengoklah sendiri. Cepatlah nanti lambat pula. Orang ramai dah berbaris tu." Watie menarik tangan Farah sambil menunding jarinya ke arah pelajar-pelajar lain. Mereka mula berbaris menunggu giliran untuk melihat keputusan.

"Kau tengok semua orang tengok kau, Farah. Yelah, orang dah famous katakan." Watie bersuara sambil menjeling ke arah sekumpulan pelajar-pelajar lelaki yang baru mengambil slip keputusan, Ada yang bersiul-siul dan mengenyitkan mata ke arah mereka. 

"Eeeii..gelilah aku tengok diorang tu. Dahlah perempuan kelililng pinggang, itu pun tak cukup ke? Dasar lelaki playboy." Farah menjelirkan lidahnya sambil tersenyum sinis mengejek mereka.

"Kau ni dah orang minat tu, tak nak! Memilih pulak tu. Hah, macamana dengan si Syahmil tu? Kau dah balas surat dia? Kesian dia, dah la baru nak kenal kau, dah habis SPM." bebel Watie kepada Farah.

Farah terdiam sebentar teringat akan Syahmil Izham pelajar lelaki yang baru tujuh bulan berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Jaya. Lelaki yang sopan tutur kata dan lemah lembut cara berjalan mengalahkan ratu cantik negara membuatkan dia tersenyum seketika terlupa debar di dada. Pada hari terakhir Farah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),  dia telah menerima sepucuk surat yang diletakkan di dalam buku notanya. Bukan main lagi Watie menggelakkannya apabila dia menunjukkan surat itu kepada Watie semasa cuti yang lepas

"Kau ni, tak habis pasal budak tu. Aku tengok budak tu tak matured langsung. Dah la jalan pon terkepit-kepit. Takkan la kau nak suruh kawan baik kau ni dengan lelaki macam tu kot. Not my taste." Farah mengangkat tangan ke bahu menandakan dia tidak mahu dikaitkan dengan rakan sekelasnya itu. 

"Tak patut tau kau kutuk dia macam tu.'' celoteh Watie.

"Eeh, bukan ke orang tu yang selalu gelakkan dia cik Watie oi." perli Farah mengenakan semula kawan baiknya itu sambil mereka berbalas ketawa.

Ketawa mereka terhenti apabila tiba giliran Watie mengambil keputusan. Watie kemudian berlalu pergi setelah selesai mengambil keputusan. Giliran Farah pula mengambil keputusan. Terus sahaja melihat keputusan ditangannya, Farah tersenyum lebar sambil mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada sang pencipta. Seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, tidak henti-henti mulutnya memuji Tuhan. 

"Kau dapat gred berapa?" tanya Farah apabila menyedari Watie tidak menunjukkan apa-apa reaksi apabila mendapat keputusan. 

"Not bad, cuma kurang satu gred daripada kau." balas Watie cuba menerima keputusan dengan hati yang lapang.

"9A? It's all right. Tahniah untuk kejayaan kita. Lepas ni boleh la kita sambung ke universiti yang sama, Apa plan kau lepas ni, Watie? Nak sambung STPM atau ke menara gading?" Farah menukar tajuk perbualan.

"Entahlah. Rasa-rasanya aku nak belajar di universiti tempatan sahaja," Watie menjawab sambil mengeluh.

"Kau pula macam mana? Mesti papa dan mama kau mahu kau lanjutkan pelajaran ke luar negara,Kau kan anak Dato' Syariffudin." lemah suara  Watie berkata namun sempat menekankan gelaran dato' yang dimiliki oleh ayah Farah.

"Janganlah cakap begitu Watie. Kau ni buat aku rasa serba salah pula. Apa lah sangat dengan pangkat tu Watie." Farah cuba memujuk.

" Aku main-main je la. Nanti abah aku pon tak lama lagi nak jadi dato'. Hahaha, datuk bercucu." melihat wajah Farah yang bertukar muram Watie lekas memjernihkan keadaan dengan berjenaka. Tidak mahu melihat kawan baiknya terasa dengan kata-katanya sebentar tadi. Kedua-duanya tertawa kembali.

Bukan senang untuk melenturkan persahabatan yang terbina hampir lapan tahun. Pertama kali Farah dan Watie berkenalan ketika mereka memasuki darjah tiga di Sekolah Kebangsaan Seri Bestari. Ketika itu, Farah baru berpindah ke sekolah tersebut kerana dia dibuli di sekolah lamanya gara-gara cemburu dengan status yang dimiliki kedua ibu bapanya. Disebabkan takut untuk memberitahu Dato' Syariffudin mengenai peristiwa tersebut, Farah hanya berdiam diri dan terus dibuli sehingga dua tahun dia berada di sekolah itu. Namun, dapat ditangkap oleh Datin Faridah setelah melihat lebam-lebam di kaki dan tangan anaknya itu. 

Setelah berpindah, Farah menjadi trauma untuk bergaul dengan rakan-rakan sebayanya. Watie lah yang mula-mula menegur dan menjadi kawan baiknya sehingga kini. Bagaikan isi dan kuku itulah yang membuktikan betapa akrabnya mereka sebagai kawan malah mereka sering bermalaman di rumah masing-masing. Dato' Syariffudin dan Datin Faridah turut menganggap Watie sebagai anak kandung mereka sendiri. 

Ketawa mereka akhirnya terhenti apabila seorang pemuda yang bernama Syahmil Izham datang berhampiran mereka.

"Hai Watie, hai Farah. Apa khabar u'all? Firstly, I nak ucapkan tahniah pada you Farah." suara Syahmil yang lembut dibuat-buat seperti perempuan itu telah menyebabkan ketawa Watie dan Farah terburai keluar daripada mulut mulus mereka. 

"Apahal korang gelak ni? Ohh,, mentang-mentangla saya ni lembut, korang ketawa ya. Sekarang saya dah tahu, awak tak nak sambut salam perkenalan saya sebab saya tak sama macam lelaki lain kan? Saya tahulah saya ni miskin tak ada apa-apa yang boleh membuatkan awak nak kawan dengan saya. Saya bukannya suruh awak jatuh cinta dengan saya pun. Saya cuma mahukan persahabatan sejati seperti awak dan Watie. Saya memang tak berhak nak berkawan dengan orang kaya macam awak. Baiklah lebih baik saya pergi dari sini sehinggalah saya dapat buktikan pada awak yang saya mampu ubah menjadi lelaki sejati dan orang kaya seperti awak. Selamat tinggal!', kata Syahmil terus meninggalkan Farah dan Watie terpinga-pinga.

(Part 2 akan bersambung)